Taubat Nasuha. Bagaimana Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat…

taubat

Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.

Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

PAKISTAN-ASIA-QUAKE-MUSLIMS-PRAYERCara melaksanakan solat taubat :

1.  Niat Solat Taubat:

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:

a.

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

b.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

5.  Baca Doa Taubat

Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..

MASA

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Koleksi Tengkolok,Tanjak,Destar

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.
Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.
Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.
Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.
Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.
Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.
Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.
Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.
Jenis Lipatan Tanjak
  • Dendam Tak Sudah
  • Belalai Gajah
  • Setanjak Balung Raja
  • Sarang Kerengga
  • Sekelungsung Bunga
  • Ketam Budu
  • Kacang Dua Helai Daun
  • Solok Timba
  • Mumbang Belah Dua
  • Sekolongsang Bunga
  • Cogan Daun Kopi
  • Balung Ayam
  • Ayam Patah Kepak
  • Pucuk Pisang
  • Buana
  • Sering
  • Getam Pekasam
  • Anak Gajah Menyusu
  • Pari Mudek
  • Lang Menyusur/Menyonsong Angin
  • Lang Melayang
Corak
Corak berteraskan tumbuh-tumbuhan jelas pada nama beberapa tanjak seperti Mumbang Belah Dua, Sekelongsong Bunga, Cogan Daun Kopi.
Pengaruh haiwan pula terpancar pada nama-nama seperti Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pari Mudek, Lang Menyongsong Angin dan Lang Melayang.
Mengikat Tanjak
Cara mengikat tanjak pula bergantung kepada kedudukan orang yang memakainya. Lebih tinggi statusnya, lebih indah dan banyak lipatan kain pada tanjak itu.
Kalau raja, penghujung tanjak pasti tinggi dan tajam, iautu melambangkan darjat dan kuasanya. Kalau pendekar, ikatannya lebih kemas dan duduk tegap mencerminkan kegagahannya.
Langkah Melipat Tanjak
  • Langkah bermula
  • Risik melangkah
  • Risik bertemu
  • Cincin dikembang
  • Lambai kasih
  • Kasih berjawab
  • Kasih bermula
  • Bertemu kasih
  • Gelombang kasih
  • Lambaian kasih
Dengan kepelbagaian cara membentuk dan mengikat tanjak, menggambarkan betapa tingginya daya penciptaan pereka-pereka bentuk tanjak tradisi Melayu.
Keindahan dan kesenian reka bentuk tanjak masih terpelihara dengan baik dan utuh meskipun zaman silih berganti dan kepentingannya dalam masyarakat moden sudah berkurangan.

Ringkas Silat Melayu

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.

Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran ‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.

Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar pendekar.

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 Masihi, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun begitu, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.

Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.

Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat. Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah.

Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006.

Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

Senarai pertubuhan Silat  di Malaysia
Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa ada banyak nama atau aliran persilatan di Malaysia.  Ada silat yang berdaftar dan afa pula silat yang tidak berdaftar. Mungkin juga ada seni silat yang saya paparkan di bawah ini telah pun anda pelajari. Di sini saya senaraikan beberapa nama seni silat yang ada di Malaysia.

Abjad
Al-Haq
Alam Cahaya
Alang Samudera
Awang Sulong Merah Muda
Bakawali
Bambu Runcing Rajawali
Bangau Putih
Bantan
Bantan Melaka
Banteng Betawi
Bengkong Putih
Bengkong Hijau
Berembang
Betung Cemati Siguntang
Buah 21
Buah Dalam Tari
Buah Pukulan Yunan
Buah Pukul Mersing
Buah Jatuh
Buah Johor
Bunga Negeri Kedah
Bunga Malaysia
Bunga Raya
Bunga Wali
Cekak Hanafi
Cekak Malaysia
Cekak Harimau
Cekak Pendekar Ahmad
Cekak Lincah Sutan Maakat
Cekak dan Gayong Pahang
Cekak, Terlak, Lintar, dan Spado
Cekam Rimau
Cekap
Cemara Bugis
Cempani Cekalong
Cengkam Harimau Ghaib
Cepat Tangan
Cikalong
Cimandi
Cimande Pecah Tujuh
Cimande Mega Malam
Cimande Lincah
Cindai Alam
Cindai Putih
Cindai Kuning
Cula Sakti
Cula Simanjakini
Daun
Dangwangi
Diam
Gabungan 5
Gayung Tunggal
Gabungan Panji
Gayung Harimau Hitam
Garis Laksamana
Gayung Jati
Garuda Sakti
Gayung Siam
Gayang Lian
Gayung Sri Fatani
Gayong Malaysia
Gayung Zahir 9
Gayong Singa Berantai
Gegaran Petani
Gayong Ghaib Nusantara
Gerak Insan Seni Malaysia
Gayong 7
Gerak Kilas
Gayong Panglima Ahmad
Gerak Gayong Jati
Gayong Karomah
Gerak Sunan
Gayong Pancaindera 9
Gerak Kilat
Gayong 5
Gerak Teras Pasak Bumi Melayu
Gayong Sri Gemuruh
Gerak Jati
Gayong Gerak Serentak
Gerak Kerohanian Gayong Dalam
Gayong Helang Merah
Gerak Ibu Gayong
Gayong Seni Bunga
Gerak Pendekar
Gayong Garuda
Gerak Ilham
Gayong 3 Kalimah
Gerak Sejati Pancar Murni
Gayong (9) Hak Sejati Pahang
Gerak Langkah 7
Gayung Ghaib 9
Gerak Persilatan Sejagat
Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi
Gerak Kuntau
Gayung Khalifah
Gerak Silat Tapak Suci Kelantan
Gayung Fatani
Gerak Panca
Gayung Pancasila
Gerak Panji Alam Setapak 71
Gayung Laksamana
Gerak Lincah
Gayung Kedah
Gerak Tempur
Gayung Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan 9
Gerak Jurus Makrifat
Gayung Maarifat
Gerak Ilham Kuntau Kaedah
Gayang Lima
Gerak Seni Silat Kuntau Melayu Kedah
Gerak Silat Lian
Gerakan Suci Mangkubumi
Gerak Tangkas Suci
Gayong Warisan Serantau
Habib Hamid
Halilintar Gerak Laksamana Jebat
Hak
Haqq Melayu
Harimau Hitam
Harimau Sri Rama
Harimau Berantai
Harimau Banten
Harimau
Harimau Jatian 5
Harimau Berantai Kedah
Harimau Sang Saka
Helang Terbang
Helang Putih Perkasa
Helang Merah
Helang Langkawi
Helang Harimau
Hulubalang Melaka
Ikatan Kalam Utama
Ikatan Laksamana

Sakabumi

Seperguruan Silat Sepanji
Sabil Seri Indera Sakti
Serimau Putih
Sambar Helang
Serimau Hitam
Sarang Dayung
Seri Cahaya Chemande
Sekebun
Seri Pelandok
Sekubi
Setiabakti
Selangkah Gerak
Setia Hati
Selendang Merah
Sikorek Monyet
Seligi Putra
Siku
Semangat Panglima Hitam
Siku 12
Semandai Dam-Dam
Siamang Laut
Sembah Pahang
Si Pincong Minangkabau
Sempedi
Singa Kandangan
Semulajadi
Si Faqir
Sendeng Malaysia
Silat Kapi

Sinar Ilham
Sendeng Betawi
Siswirama
Sendeng Minangkabau
Spelet Gayung
Sendeng Asli
Spelet Tomoi
Sendeng 7
Spelet Tapak Tiga
Sendeng Pesaka
Spelet Gunung Jati
Sendeng Terlak
Sri Gayung Panglima Ulung
Sendeng Alif
Sri Menanti
Sendeng Harimau
Sukmorogo
Sendeng Cimande
Sumbang
Seni Gerak Silat Sunan
Sunda Asli
Seni Tempur
Sunda Cimande
Sendi Cemara Bugis
Sunda Rajawali
Seni Pati Serendeng Puntong
Sekiambang Sakti
Seperguruan Pencak Silat Mandung Sepanji
Sendeng Jebak Purba
Sadar Malaysia
Selendang Gabungan
Sendeng Nusantara
Seni Pencak Silat Sangkar Rewana
Tadah Kuntau
Tanah Baru
Tapak Suci Warisan Wali 9
Tapak Suci Warisan
Tangkas Tamin Sabil
Tangkisan
Tanjak Pusaka
Tari Kelantan
Tari Kalimah Terengganu
Tari Laksamana
Tarian Maut
Tari Tumbuk
Tari Jawi (Pulut Kelantan)
Tembung Rimau
Tempur Sendeng Banjar
Telapak Natar
Terlak, Lintau dan Kuntau Jawa
Terlak 4
Teralak Asli
Terlak Nata
Terlak Warisan Pendekar Pin
Titi Pinang
Tinkah Maut
Tokku
Tok Perpat
Tongkat
Tongkat Rimau
Wali Suci
Wali Tujuh Sejagat
Warausah
Warisan Gerak Ilham
Warisan Bugis
Warisan Silat Minangkabau Laksamana
Warisan Perlis
Warisan Belebat To’ Perpat
Warisan Melayu Minangkabau
Wira Melayu

Rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perguruan_silat

Kini,silat sudah terkenal diseluruh dunia.Disini video silat di luar negara.

Silat Warisan Melayu

Silat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Silat
Silat (vietnamese).jpg
Seorang pesilat Vietnam
Juga digelar Pencak Silat, Seni Silat, Silek
Fokus tendang, tumbukan, kunci, senjata
Negara asal Indonesia, Malaysia danNusantara Melayu
Keibubapaan Bersejarah

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran ‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang,lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata ‘rasmi’ bagi aliran itu.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai ‘tari sembah’ termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah ‘melilit’. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan ‘terbelit’ dalam kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah ‘kunci mati’ adalah sinonim dengan silat.

JENIS SILAT (UMUM)

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya ‘silat pulut’ bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan ‘silat pulut’ ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud ‘aliran’ atau ‘sekolah silat pulut’. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada ‘pulut pengantin’ (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu dipersembahkan).
Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

ETIMOLOGI

Persembahan Randai dengan silek(silat) sebagai salah satu komponen tarian.

Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal dari silek dari bahasa Minangkabau.[1] Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat randaiMinangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo dendang (lagu-dan-seruling).
Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara.[2] Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.[2]
Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra, Penca dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi[3], Basilat dan Kali di Mindanau.

SEJARAH

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.[4] Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera danSemenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah danKepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.[5]Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.[6]
Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit danSrivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar sepanjangSemenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.[5]
Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah.[5] Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.

KEGUNAAN DAERAH

Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak adalah istilah yang digunakan di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan di Sumatera. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek pada amalan yang sama. Pencak adalah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat adalah inti perkelahian dan seni pertahan diri.
Di Bali, dengan suatu penduduk (94%) Hindu, silat adalah suatu kuasa kesatuan dalam setiap district dan hampir setiap kampung.[perlu rujukan] Arahan rasmi mengambil tempat setiap pagi dan petang oleh satu dari dua pertubuhan: Bakti Negara dan Kertha Wisesa.
Di Malaysia, silat adalah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contoh pada gaya-gaya silat di Malaysia adalah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong dan Silat Lian Padukan. 1 dalam 5 orang Melayu di Malaysia mengamalkan silat.[perlu rujukan]
Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat Buah Pukul Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut tokoh seperti Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.

PERKEMBANGAN

Pertandingan final Pencak Silat pria kelas E 65kg – 70kg. Di sebelah kiri Al Jufferi (Malaysia – pingat emas) vs Nguyen Duy Chien (Vietnam – pingat perak). 17 November 2011 pada Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Padepokan Pencak Silat, Jakarta Timur, Indonesia.

Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik. Sarana tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.
Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia.[7]
Pada 11hb Mac, 1980,Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa[8] dan Jakarta, Indonesia menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di Singapura.
Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006.
Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

RUJUKAN

Tempahan Persembahan / Demonstrasi Silat

Serikan majlis anda dengan persembahan silat seperti warisan istana lama serta alunan kompang.Untuk majlis perkahwinan, majlis keramaian, majlis perasmian.

SILAT

Pakej A – Pakej Sambut, Sembah & Iring

  • RM250++
  • 3 – 5 orang pesilat
  • Pakej ini khusus bagi adat menyambut pengantin / tetamu khas / vvip dimana pesilat akan mengiringi mereka, menyambut dengan bunga sembah silat dan seni silat pulut.
Pakej B – Pakej  Lengkap Sambut, Sembah & Iring ( istiadat )
  • RM400++
  • 7 – 12 orang pesilat
  • Pakej ini khusus bagi adat menyambut pengantin / tetamu khas / vvip dimana 2 pesilat akan mengiringi mereka, menyambut dengan bunga sembah silat, seni silat pulut, seni tempur, seni merandai.
Pakej C – Pakej Eksklusif Sambut, Sembah & Iring ( istiadat )
  • RM500++
  • 7 – 12 orang pesilat
  • Pakej khas persembahan silat perasmian majlis dan persembahan ketika majlis
  • Seni merandai, bunga sembah, seni tempur tangan kosong, seni tempur senjata
  • Atas permintaan juga pesilat boleh melakukan aksi dabus (ketahanan diri)

KOMPANG

  •  RM250++
  •  7-10 orang
  •  Pakej ini khusus bagi adat menyambut pengantin/tetamu khas  / vvip dimana peserta akan mengiring mereka beserta diiringi pesilat.
Lokasi Liputan :
Silat Tembung Rimau bersedia mengadakan persembahan / demonstrasi silat di kawasan-kawasan berikut :-
  • Kuala Langat ( Dari Dengkil hingga morib/sijanggkang )
  • Klang
  • Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Puchong

IMG-20141027-WA0034

IMG-20141027-WA0051

IMG-20141027-WA0035

IMG-20141027-WA0039

IMG-20141027-WA0041

* Harga pakej-pakej diatas tidak termasuk kos pengangkutan
* Kos pengangkutan berdasarkan jarak dari Pusat Latihan ke lokasi
* Sila hubungi En Jimi 012-9269260 / En Selamat 016-6515911
   Nikmati Video majlis perkahwinan bertemakan kesulatanan melayu yang unikan yang ditunjukkan melalui video ini. Majlis perkahwinan tersebut bertemakan Kesultanan Melayu Melaka yang sememangnya jarang dibuat lebih-lebih lagi pada zaman penuh canggih sekarang.
    Pasti ianya menjadi satu kenangan paling manis buat pasangan pengantin ini.